top of page

Tidak wajar kritikan memburukkan pimpinan dibuat di media - MPN Sarawak



Kritikan memburukkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh ADUN Bilut dari DAP dianggap amat tidak wajar kerana dilakukan melalui media dan dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia.


Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak menyifatkan kenyataan ADUN Lee Chin Chen baru baru ini yang meminta Datuk Seri Anwar berundur sebagai dangkal, celupar dan tidak bertanggungjawab. Menurut mereka, sepatutnya kenyataan tersebut disampaikan secara dalaman, bukannya terbuka.


"KEADILAN Sarawak mengutuk kenyataan mengaibkan tersebut kerana tidak dilakukan melalui saluran yang betul


"KEADILAN Sarawak menggesa DAP Pusat mengambil tindakan terhadap ADUN itu atau sekurang-kurangnya menasihatkanya agar belajar bagaimana hendak menyampaikan ketidakpuasan hati untuk tidak menjejaskan nama baik pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH)


"Kenyataan celupar tersebut tidak akan membawa kepada berundurnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sebelum seseorang pemimpin utama berundur banyak faktor lain perlu dipertimbangkan. Bukan hanya kalah pilihan raya sahaja," kata mereka.


Menurut MPN Sarawak lagi, kenyataan 'melatah' seperti itu telah memberikan imej buruk kepada kepimpinan Anwar Ibrahim sekaligus menyebabkan PH turut terpalit secara keseluruhannya di mata rakyat.


Mereka juga beranggapan, kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tidak wajar kesalahannya diletakkan di bahu Datuk Seri Anwar seorang kerana keputusan yang dibuat bukanlah keputusan peribadi, sebaliknya keputusan semua pemimpin utama PH.


"KEADILAN Sarawak menggesa ADUN Bilut memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar dan Majlis Presiden PH secara terbuka serta menarik balik gesaan beliau ke atas Datuk Seri Anwar


"KEADILAN Sarawak berharap setiap pimpinan dalam PH tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan terbuka yang boleh menjejas dan mencalarkan nama baik pemimpin-pemimpin kita sama ada dari KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, MPN KEADILAN Sarawak menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN, Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page