top of page

Tidak timbul isu Mahkamah Syariah terancam



Mahkamah Syariah dan semua enakmen syariah negeri tidak terancam oleh keputusan Mahkamah Persekutuan baru baru ini membatalkan 16 perkara dalam enakmen jenayah syariah Kelantan.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam, Undang-undang Enakmen Syariah Negeri-Negeri dipastikan terjamin dan kerajaan sedang berusaha untuk mengukuhkannya melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).


Dalam jawapan itu juga Dr Zulkifli menekankan jaminan bahawa agama Islam dan institusi Mahkamah Syariah akan terus dipelihara


Malah, katanya, satu persidangan perundangan Islam melibatkan pelbagai pakar bakal diadakan dalam masa terdekat, khususnya untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan yang menyeluruh ke arah memartabatkan perundangan Syariah di Malaysia.


Justeru, Dr Zulkifli memohon agar semua pihak bertenang dan tidak mempolitikkan isu berkenaan selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page