top of page

Tidak sekat pelancong asing, Kabinet buat keputusan betul



Langkah diputuskan kerajaan untuk tidak menyekat kemasukan pelancong asing pada masa ini adalah tepat, kata seorang pakar kesihatan.


Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang juga pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologi berkata, ia kerana pelaksanaan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) memadai untuk mengekang jangkitan Covid-19.


"Setuju kerana kerajaan tidak mahu diskriminasi kepada mana-mana negara, dan mereka juga cuba inisiatif dengan memperketatkan kawalan sedia ada seperti pengimbas suhu terhadap pelancong asing khususnya negara berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

"Jadi, ia kenyataan bersifat politik kerana jika tidak membenarkan rakyat China masuk, negara itu akan marah, begitu juga rakyat Malaysia, seimbang apa yang Perdana Menteri lakukan.


"Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak buat macam mana," katanya dipetik Sinar Harian.


Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kabinet yang memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong China atau mana-mana negara ke negara ini.


Bagaimanapun, menurut Anwar, kerajaan menyedari kebimbangan dinyatakan orang awam berhubung kemungkinan berlaku peningkatan kes terutama yang berpunca dari pelancong luar negara.


Justeru, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada terhadap penlancong asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.


Sementara itu, Dr Zainal menyarankan pihak yang bimbang tentang kemasukan pelancong luar ke Malaysia untuk menjaga SOP seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.


"Orang ramai perlu amalkan semula pemakaian pelitup muka dan ambil vaksin serta dos penggalak," ujarnya lagi.


Sebelum ini kerajaan telah memperketat langkah pemantauan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dengan mengarahkan semua pelancong membuat saringan kesihatan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page