top of page

Tidak rayu 40% hasil cukai Sabah hormat Perlembagaan, MA63 - Roland

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 12
  • 1 min read

ree

Keputusan Jemaah Menteri yang dinyatakan dalam kenyataan Peguam Negara semalam bahawa Kerajaan Madani tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak 40 peratus hasil cukai Sabah disokong Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar).


Beliau yang juga pemimpin KEADILAN Sarawak menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Roland, keputusan tersebut mencerminkan komitmen dan penghormatan penuh Kerajaan Persekutuan terhadap semangat Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


“Saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap keputusan kes 40 peratus hasil Sabah. Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Mahkamah dan peruntukan Perlembagaan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.


Roland turut menyatakan harapan agar rundingan rasmi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dapat diteruskan segera selepas pembentukan kerajaan baharu negeri pasca Pilihan Raya Negeri Sabah pada 29 November 2025.


"Semoga rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah akan diteruskan segera sebaik sahaja kerajaan dibentuk selepas pilihan raya Sabah," ujarnya.


Beliau menegaskan, pelaksanaan hak 40 peratus hasil itu bukan sahaja soal teknikal perundangan, tetapi lambang keadilan fiskal dan autonomi yang dijamin kepada rakyat Sabah sejak pembentukan Malaysia.


Keputusan untuk tidak merayu itu diumumkan selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 11 November, yang turut memutuskan untuk memulakan proses rundingan segera dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page