top of page

Tidak perlu PRN Melaka, beri peluang PH bentuk kerajaan



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka amat berisiko di tengah-tengah pandemik Covid 19 yang masih belum reda.


Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, seharusnya Pakatan Harapan (PH) yang telah didukung oleh 4 ADUN kerajaan yang menarik sokongan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali diberi peluang membentuk kerajaan baharu.


"Jika PRN diadakan di Melaka, ia membabitkan banyak perkara yang harus dipertimbangkan kerana negara masih dalam pandemik Covid-19 dan menyebabkan risiko lebih tinggi serta membabitkan kos perbelanjaan yang bukan sedikit.


"Apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka itu diibaratkan membelakangi dan tidak menghormati Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan PH untuk melakukan gencatan senjata politik bagi memberi fokus kepada pemulihan ekonomi negara.


"Pemimpin PH perlu diberi peluang mengetuai Melaka, selepas jelas mempunyai sokongan majoriti ADUN Melaka. Pembubaran Dewan Negeri tidak wajar berlaku jika pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Melaka menghormati dan berpegang pada MoU yang telah dipersetujui di peringkat nasional," kata Dr Gunaraj.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja itu lagi, sewajarnya Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr Ali Rustam melihat duluan sebagaimana sebelum ini apabila TYT menolak permintaan Ketua Menteri PH Adly Zahari membubarkan DUN, sebaliknya melantik kerajaan Perikatan Nasional.


"Sewajarnya peralihan kuasa secara aman dan teratur boleh dilakukan kepada PH yang telah sah mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Melaka.


"Berlaku duluan apabila beberapa orang ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Adly Zahari sebagai Ketua Menteri maka peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa melibatkan PRN. Terdapat juga cadangan pempimpin di peringkat nasional untuk meletakkan Melaka dalam keadaan darurat bagi menghalang PRN diadakan.


"Mengheret Melaka kepada darurat adalah sesuatu yang cukup buruk bagi rakyat kerana ia memberi persepsi negatif buat Melaka dan hanya memberi nyawa politik kepada pemimpin Umno yang telah ditolak majoriti ADUN Melaka untuk mengetuai kerajaan sementara," katanya lagi.

Sehubungan itu, Dr Gunaraj menyeru agar dihormati perjanjian persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan PH di peringkat nasional dengan mengembalikan mandat rakyat Melaka kepada Pakatan Harapan

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page