top of page

'Tidak perlu hukum cikgu Mohd Fadli kerana kritik sistem pendidikan'



Sistem pendidikan negara yang tidak ada hala tuju dan kurang kemas seharusnya diakui serta diperbaiki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bukannya menghukum para guru yang mengkritik.


Menurut Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH, Datuk Dr Hasan Bahrom, parti berkenaan amat prihatin berhubung cadangan hukuman yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan ke atas Cikgu Mohd Fadli Salleh berkaitan pandangan dan kritikannya.


"Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH memandang serius cadangan hukuman terhadap Cikgu Mohd Fadli Salleh berkaitan pandangan yang jujur dan kritikal beliau menyangkut perkara beg berat, silibus tinggi dan padat, bilangan murid yang ramai dalam satu kelas, subjek yang banyak dan masa belajar subjek teras yang tidak mencukupi.


"Kami berpandangan tindakan dilakukan itu tidak mencerminkan suatu suasana yang harmoni antara pengurusan dan pelaksana dasar yang telah diamanahkan.


"Sewajarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia harus melihat lontaran pendapat yang dikemukakan itu sesuatu perkara yang perlu diambil peduli untuk difahami maksudnya kerana ia memberi kesan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian kepada hasrat KPM sendiri iaitu Sekolahku Sejahtera," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Berkenaan kritikan tidak seharusnya disalurkan oleh cikgu berkenaan di media sosial, Ahli Parlimen Tampin itu berkata, Kementerian Pendidikan seharusnya meraikan kritikan dan semua pihak seharusnya bebas mengeluarkan pandangan


"KPM diharap meraikan kebebasan semua pihak dalam mengeluarkan pandangan dan pendapat dan menjadi cerminan kepada pembinaan suatu sistem pendidikan yang mengambil kira kolektiviti dalam sesuatu urusan bagi mewujudkan persekitaran pendidikan yang matang, progresif dan harmoni.


"Kami ingin mengingatkan KPM agar tidak menjadi institusi yang mengenepikan kebebasan dalam memberi pandangan dan pendapat dalam kalangan warga KPM.


"Justeru itu, kami menggesa supaya KPM tidak mengambil tindakan yang di luar daripada batas nilai manusiawi terhadap Cikgu Mohd Fadli Salleh atas sikap keberanian dan keikhlasan beliau demi melihat Sekolahku Sejahtera dapat direaliasikan," katanya lagi.


Dr Hasan berharap keadilan akan diberikan kepada cikgu Mohd Fadli.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page