top of page

Tidak pasti mengapa PM perlu turun, jaga rakyat, jaga Palestin terbaik - Amidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 28
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar) beranggapan 'pemilihan masa' demonstrasi ‘Turun Anwar’ yang diadakan Sabtu lalu menimbulkan tanda tanya, seolah-olah ada sesuatu tidak kena jika hanya dilihat dari sudut dalaman (domestik).


Katanya, memang terdapat pihak yang tertanya-tanya dan bingung mengapa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diturunkan pada waktu banyak janji pilihanraya telah dilaksanakan pentadbirannya, malah terdapat pula sokongan daripada tokoh tokoh agama yang melihat pemerintahannya berlandaskan Islam.


''⁠Hal ini terbukti apabila peserta tak pasti siapakah yang layak menggantikan Anwar. Ada yang salah sebut nama pemimpin utama Pas yang dikatakan layak memimpin negara.


''Ditambah pula dengan penegasan para ulama yang mahukan kestabilan politik negara dipertahankan.

''Tanpa berselindung para ulama menyatakan pendirian untuk mendokong Anwar sebagai pemimpin negara bagi penggal ini,'' katanya dalam satu kenyataan.


Ujar Amidi, rakyat semakin keliru apabila Anwar sendiri mengumumkan penurunan harga petrol RON 95 walaupun bahan api itu sudah menjadi antara yang termurah di dunia.


Malah katanya, bantuan SARA untuk setiap rakyat yang berumur 18 tahun ke atas, menambahkan lagi kekeliruan masyarakat kenapa Anwar yang juga Presiden KEADILAN perlu diturunkan.


''Jika kita meneliti lebih luas lagi, kita mungkin akan mengetahui sebab-musababnya.


''Politik dunia mula mendung dengan kemenangan kali kedua Trump sebagai Presiden Amerika. Donald Trump memperkenalkan 'Reciprocal Tariff' menggoncangkan ekonomi dunia.


''Malaysia di bawah kepimpinan Anwar berusaha sedaya upaya mempertahankan kedaulatan negara dari digugat menerusi perang ekonomi ini.


''Kecaman demi kecaman Anwar terhadap sekutu rapat Amerika iaitu Israel tanpa berselindung mengundang reaksi kurang senang kedua-dua negara.


''Keberanian beliau serta ketegasannya tanpa memilih pentas menyaksikan beliau menonjol sebagai pemimpin Islam paling berani memperjuangkan hak rakyat Palestin,'' katanya lagi.


Justeru, menerusi pengamatannya, Amidi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berpandangan bahawa bagi sesetengah pihak, kemaraan Anwar mesti dilemahkan.


Teori itu, katanya, mungkin benar apabila meneliti laporan media Barat yang kurang memihak kepada PM berhubung demonstrasi Turun Anwar.


''Pengaruh Anwar mesti dicacatkan. Persepsi bahawa Anwar mempunyai sokongan yang padu dari rakyat mesti dirosakkan.


''Lalu inilah yang berlaku pada 26/7/25 iaitu Sabtu lalu. Ia terbukti dengan laporan media Barat yang hanya mengambil sudut yang memburukkan nama Anwar Ibrahim,'' katanya yang mengecam tindakan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page