top of page

'Tidak nampak pelaburan jadi projek, mata rabun' - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 22
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menafikan dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan kononnya pelaburan langsung asing (FDI) berpuluh bilion ringgit yang diumumkan sebelum ini sebagai retorik politik.


PM menyifatkan pandangan tersebut sebagai kritikan dari seseorang yang 'mata rabun' kerana banyak pelaburan telah pun menampakkan hasil dengan pembinaan kilang-kilang.


''Saya tahu (lawatan itu) dimainkan soal pelaburan. Untuk menyatakan pelaburan berpuluh-puluh bilion tak nampak apa, itu soal mata rabun.


''Itu bukan masalah saya.. pergi jumpa pakar mata,'' katanya secara sinis di Dewan Rakyat hari ini ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).


Terdahulu, sebelum membacakan soalan kepada Anwar dalam sesi itu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Anwar atas lawatan ke Perancis dan Itali yang telah meraih potensi pelaburan berbilion ringgit.


Ronald berkata, jumlah pelaburan tersebut diharapkan dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat.


Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa semalam Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah memaklumkan jumlah pelaburan dan projek yang sedang berjalan.


''Hari ini saya percaya beliau akan menyenaraikan di mana lokasi pelaburan Google dan Infineon.


''Bukan pengumumannya, tapi pelaksanaannya.. projeknya berjalan.


''Terdapat Ahli Parlimen dari Kedah, ada juga dari Johor.. tengoklah.. projek (itu) besar, bukan projek kecil yang tidak nampak,'' katanya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan juga sempat menambah perumpamaan walaupun cip yang dihasilkan itu kecil, namun bangunannya pula berskala besar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page