top of page

Kestabilan politik, dasar yang tepat kunci kejayaan ekonomi Malaysia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Kestabilan politik dan ekonomi merupakan faktor utama dalam memastikan Malaysia terus berkembang dan menarik keyakinan pelabur di tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat.


Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Jalex Lee berkata, ketidaktentuan dunia ketika ini menyebabkan banyak negara berdepan keadaan sukar, sekali gus memberi kesan kepada keyakinan perniagaan dan pelabur.


Menurutnya, situasi itu dapat dilihat melalui perkembangan pasaran semasa termasuk kenaikan harga bahan api petrol RON95 yang meningkat sebanyak 60 sen atau kira-kira 25 peratus berdasarkan harga minyak dunia.


"Ketidaktentuan merupakan musuh utama kepada perniagaan dan pelabur kerana ia sering menyebabkan mereka mengambil pendekatan berhati-hati iaitu ‘wait and see’. Keadaan ini memperlahankan pelaburan, mengurangkan aktiviti ekonomi dan akhirnya menjejaskan kemakmuran," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Jalex Lee
Jalex Lee

Jalex Lee berkata, ekonomi tidak mengenal perbezaan kaum, budaya atau agama kerana sebarang kesan negatif terhadap ekonomi akan dirasai oleh semua lapisan masyarakat.


Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai peluang besar untuk terus berkembang sekiranya kestabilan dapat dikekalkan, khususnya dari segi politik dan ekonomi.


Menurutnya, kestabilan tersebut telah memberi manfaat kepada negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Nilai ringgit telah mengukuh daripada sekitar 4.77 berbanding dolar Amerika pada tahun 2023 kepada sekitar 3.93 hari ini, di samping jumlah pelaburan diluluskan yang memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini," katanya.


Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap ekonomi Malaysia serta kedudukannya sebagai destinasi pelaburan penting di rantau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).


Sehubungan itu, Jalex menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan retorik memecahbelahkan, cerita sensasi atau spekulasi tidak berasas yang boleh menjejaskan kemajuan negara.


"Dengan kekal bersatu, fokus dan komited terhadap kestabilan, kita dapat memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan, lebih kukuh dan menikmati kemakmuran bersama," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page