top of page

Penerangan SPNB, iftar Ramadan erat ukhuwah Otai Reformis di Seremban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 32 minutes ago
  • 1 min read
Dari kanan: Senator Jufitri Joha, Mustapa mansor (baju hitam) dan reformis Negeri Sembilan di majlis iftar
Dari kanan: Senator Jufitri Joha, Mustapa mansor (baju hitam) dan reformis Negeri Sembilan di majlis iftar

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman


Program Penerangan Rumah Mesra Rakyat serta Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftar Ramadan bersama Otai Reformasi berlangsung meriah di Restoran Ombong Salai di kawasan Sendayan Metropark pada 12 Mac lalu.


Program anjuran bersama Pertubuhan Otai Reformasi Negeri Sembilan (PROFANS), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) itu bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai inisiatif perumahan mampu milik selain mengeratkan hubungan dalam kalangan aktivis reformasi.

Mustapa Mansor bersama Ahli Lembaga Pengarah SPNB, Muhammad Kamel Yasin
Mustapa Mansor bersama Ahli Lembaga Pengarah SPNB, Muhammad Kamel Yasin

Majlis berkenaan dimulakan dengan sesi penerangan mengenai program Rumah Mesra Rakyat oleh Ahli Lembaga Pengarah SPNB, Muhammad Kamel Yasin sebelum diteruskan dengan perasmian oleh Ahli Dewan Negara, Jufitri Joha yang juga Ketua Cabang Rembau.


Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian sumbangan Hari Raya kepada golongan Otai Reformasi sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perjuangan serta kebajikan masyarakat.


Program kemudian diteruskan dengan majlis berbuka puasa Ramadan dalam suasana penuh ukhuwah antara para tetamu, pimpinan cabang serta ahli-ahli yang hadir.


Tazkirah dan doa disampaikan oleh Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, manakala antara yang turut hadir ialah Setiausaha Agung PKORM, ShaifulAnuar Sulaiman serta Setiausaha PROFANS, Ruzaili Abdul Karim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page