top of page

Tidak mustahil gabungan Umno - Pas akan berpecah - Azan



Peringatan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar menilai semula kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dan Pas memberi isyarat jelas wujud masalah dalam gabungan pemerintah yang wujud sejak 9 bulan lalu itu.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail hubungan Umno, Bersatu dan Pas kelihatan indah di peringkat pimpinan tertinggi tetapi tidak lancar pada peringkat akar umbi.


Malah katanya, di Kelantan dan Terenggganu hubungan dalam Muafakat Nasional yang lebih awal ditubuhkan pun sedang masuk ke fasa bermasalah.


Menurut Azan, tidak mustahil retak tersebut akan melebar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 apabila kerusi-kerusi mula dibahagikan antara Umno, Bersatu dan Pas yang mana ketiga-tiganya berebut di kawasan Melayu.


"Untuk Kelantan dan Terengganu sangat jelas Muafakat Nasional akan berpecah. Pimpinan Umno kini melihat bagaimana Pas jadi terlalu sombong dengan kedudukan mereka, kegilaan mereka berbelanja mewah dan berlumba-lumba nak rebut jawatan.


"Perkara ini dibantah secara terbuka. Sebab itu saya kata bukan sahaja orang ramai yang lihat (hubungan bermasalah) tetapi Umno sendiri melihat Pas lari daripada landasan sebenar (perjuangan).


"Dan saya rasa ramai ahli-ahli bawah (Umno) akan curiga. Pimpinan Pas (Kelantan) cakap jangan pertikai atau cemburu dengan apa yang dimiliki mereka. Mereka gunakan dalil (agama) untuk kaburi mata pengikut mereka (tetapi bukan Umno)," katanya.


Sebelum ini, pemimpin Pas Kelantan yang dibuai kemewahan menempelak pihak yang mempertikaikan pembelian kereta Mercedes untuk kegunaan Menteri Besar dan Exco sebagai cemburu kepada nikmat diperolehi wakil rakyat Pas.


Begitu juga berhubung isu kenaikan gaji ADUN sehingga setaraf Ahli Dewan Negeri Selangor RM12,000 - RM15,000 sebulan.


Isu itu dilihat ahli Umno sebagai memakan diri kerajaan Pas ketika menghadapi rakyat dalam PRU depan sewaktu ekonomi Kelantan masih lemah dan masalah air bersih belum diselesaikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page