top of page

Tidak mungkin Muhyiddin bebas jika PM campurtangan urusan mahkamah



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ditohmah oleh pembangkang kononnya berlaku akibat campurtangan pemimpin tertinggi negara dalam urusan mahkamah.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, kritikan seumpama itu amat tidak wajar dan seolah olah mahu menuduh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim campurtangan dalam urusan perundangan, biar pun tanpa mengemukakan bukti.


"Sejak Timbalan PM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan dari 47 pertuduhan, saya melihat pelbagai reaksi. Tidak kurang pelbagai pihak yang menuding jari terhadap PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya rasa amat jelik dengan kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dalam kerajaan sendiri yang menuding jari kepada PM tanpa asas kukuh.


"Bila membaca kenyataan-kenyataan ini saya terfikir adakah kita mahu badan kehakiman yang bebas dari campur tangan politik atau kita ingin PM menyalahgunakan kuasanya untuk mencampuri urusan mahkamah?" tanya beliau dalam kenyataan.


Sebaliknya, Razeef berkata, pihak yang terlalu mengaitkan PM dalam perkara itu tidak pernahkah terfikir hujah yang lebih logik. Sekiranya beliau memang mencampuri urusan mahkamah sejak mula berkuasa tentunya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin akan dipastikan masuk penjara.


Maka amat mustahil 4 pertuduhan ke Muhyiddin boleh digugurkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.


Atau, kata Razeef, pihak yang menuduh itu mempunyai masalah ingatan kerana peristiwa Muhyiddin bebas pertuduhan rasuah masih baharu.


"Mereka lupa bulan lalu Muhyiddin dibebaskan daripada 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta. Di sini jelas PM tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menentang seteru politik," tegasnya.


Begitu juga, katanya, Presiden Muda yang mempunyai komen berbeza apabila mahkamah memutuskan DNAA ke atas Zahid kali ini berbanding pembebasan Zahid pada tahun lalu di mahkamah sama.


"Syed Saddiq pada September tahun lalu pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa beliau yakin dengan badan kehakiman selepas Zahid Hamidi bebas dari 40 pertuduhan, namun mengapa hari ini nada beliau berubah?


"Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang dilihat tidak berpuas hati juga panjang lebar bercerita tentang reformasi. Namun adakah beliau sedar ia seolah ingin Perdana Menteri campur tangan urusan mahkamah.


"Apatah lagi pemimpin PN yang dilihat sakan menunggang isu ini sedangkan hanya 2 tahun memerintah, sebanyak 101 kes berprofil tinggi telah digugurkan di bawah pentadbiran kerajaan PN," sinisnya.


Dalam pada itu, Razeef mengingatkan bahawa DNAA ke atas Zahid bukanlah bermakna beliau dibebaskan sepenuhnya.


Katanya, melalui penjelasan Hakim berkait kes Zahid, pihak pendakwaan telah menjalankan kuasa mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan memohon DNAA.


Beberapa alasan diberikan pihak pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku 'My Story: Justice in The Wilderness' oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menyentuh kes Zahid.


Oleh kerana siasatan masih dijalankan dan lanjutan daripada respresentasi yang dikemukakan pembelaan, kata Razeef, adalah wajar bagi pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi dan pihak berkuasa mengambil kenyataan daripada beberapa individu.


"(Dalam hal ini) saya juga melihat beberapa pemimpin politik cuba memesongkan maksud DNAA seolah-olah Zahid telah bebas sepenuhnya dan ini adalah salah.


"(Sedangkan) siasatan masih berjalan dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menjadi asas keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zahid supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya," kata beliau lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page