top of page

Tidak melalui Ahli Parlimen: Bantuan banjir rakyat tidak dipotong



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tetap akan menyalurkan semua bantuan terus kepada golongan yang memerlukan termasuk mangsa banjir meskipun ia tidak disalurkan melalui Ahli Parlimen.


Beliau memberi jaminan itu sebagai mengulas gesaan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Ahli Parlimen termasuk dari pembangkang diberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 supaya mereka boleh menyalurkan bantuan kepada mangsa.


Mengambil contoh peruntukan RM50 juta untuk keperluan banjir di Johor, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan ia disalurkan kepada mangsa banjir dan bukannya kepada negeri yang terkesan akibat bencana itu.


Melalui langkah itu jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, bantuan kepada mangsa dapat segera disampaikan tanpa berdepan karenah birokrasi.


"Macam di Johor, RM50 juta diberi kepada yang memerlukan. Peruntukan Parlimen walaupun belum sampai pada Ahli Parlimen, ia (bantuan) sampai ke bawah (rakyat).


"Lagipun kos kita tiada komisen, jadi ia terus kepada mangsa. Projek tebatan banjir disegerakan. Sebenarnya kalau ikut di Johor dah cecah hampir RM1 bilion (bantuan) termasuk projek tebatan banjir," katanya.


Anwar ditemui pemberika selepas menghadiri Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2023 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur semalam.


Sementara itu, beliau menyelar dakwaan segelintir Ahli Parlimen pembangkang kononnya kerajaan tidak mengagihkan peruntukan secara sama rata kepada kawasan dan negeri dikuasai pembangkang.


Sedangkan katanya, tiada peruntukan untuk rakyat di negeri pembangkang yang dikurangkan.


"Bukan tak bagi, projek jalan di kampung macam RM50 juta pun, mereka bising (kata) zalim tidak bagi kepada negeri-negeri (pembangkang). Jadi guna istilah zalim, tidak adil atau guna al-Quran itu untuk ditunggangi puak itu.


"Projek (negeri) tidak kurang, (kerajaan) tidak potong. Ini hanya tohmahan politik sahaja," tegasnya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page