Tidak laksana semula GST tindakan tepat
- Suara Keadilan

- Feb 15, 2023
- 1 min read

Keputusan Kerajaan Perpaduan untuk tidak melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) meskipun berpotensi untuk mendapat hasil yang lebih banyak bagi membayar hutang negara berjumlah RM1.5 trilion dipuji banyak pihak.
Menurut KEADILAN Kemaman, Terengganu, pengumuman Perdana Menteri semalam dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat amat melegakan rakyat.
"KEADILAN Kemaman menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula GST dan juga cukai berasaskan kepenggunaan luas bagi menambah pendapatan negara dalam mengurus hutang negara yang semakin tinggi," kata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman.
KEADILAN Kemaman juga dlaam kenyataan itu menyambut baik kaedah kerajaan menangani hutang negara yang akan mengambil tindakan tindakan lebih baik dalam menambah pendapatan negara sebagaimana akan dibentangkan di dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.
"Dalam situasi ekonomi rakyat yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik Covid-19, tindakan kerajaan dilihat sangat wajar dalam memulihkan ekonomi dan juga dapat membantu sejumlah besar rakyat yang tertekan dengan kehilangan pekerjaan serta inflasi yang belum reda sepenuhnya.
"KEADILAN Kemaman sentiasa menyokong dasar fiskal negara yang diuruskan dengan tatakelola yang baik serta dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam mengembalikan semula negara sebagai kuasa ekonomi asia seperti yang telah dikecapi dahulu," kata kenyataan itu lagi.




Comments