top of page

Tidak kompromi jaga kesucian Islam, maslahah umat - JAKIM

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 8, 2024
  • 1 min read


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak akan berkompromi dalam menjaga kesucian agama Islam di negara ini.


Hal itu ditegaskan JAKIM susulan pertemuan antara jabatan itu dan Datuk Seri Ng Chuan Hoo, Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd pagi tadi berkaitan isu dakwaan terdapat seolah olah khat kalimah Allah pada kasut keluaran syarikat berkenaan.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, kes itu kini diserahkan untuk proses selanjutnya kepada siasatan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"JAKIM telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam melengkapkan siasatan. Sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil oleh pihak PDRM.


"Semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada situasi ini agar ianya tidak berulang lagi pada masa akan datang.


"Dalam masa terdekat, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan bersama pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) serta pihak berkuasa seperti PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan lain-lain pihak berkaitan bagi menyelaras tindakan bersepadu untuk menangani isu ini," katanya dalam kenyataan.


Dr Na'im turut menegaskan komitmen utama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada waktu ini adalah untuk menjaga kesucian agama dan maslahah umat Islam.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama.


"Pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri menasihatkan semua pihak untuk sentiasa bertenang serta tidak mengambil apa-apa langkah melulu yang bertentangan dengan undang-undang negara.


"Semua tindakan adalah berasaskan fakta dan bukti kukuh," katanya lagi.


Tegas beliau, menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga akhlak serta tingkah laku agar keharmonian dan perpaduan dalam negara terus terpelihara.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page