top of page

Tidak hadir bahas laporan audit: Standard buruk pembangkang



Pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) menunjukkan standard yang amat buruk kerana gagal hadir dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 semalam.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, tindakan pembangkang itu menunjukkan selama ini mereka hanya beretorik kosong berkenaan integriti dan ketelusan.


"Tindakan pihak pembangkang yang tidak hadir pada sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada hari ini menjadi bukti bahawa mereka hanya pandai mengucapkan retorik politik kosong tanpa bukti dan tekad politik.


"Perbahasan laporan tersebut di parlimen pada hari ini merupakan satu sejarah di mana berkenaan dibahaskan buat pertama kali dalam sejarah parlimen Malaysia

Ahmad Nadhir Yob

"Namun pihak pembangkang yang sentiasa mempotretkan bahawa mereka bersih dan berintegriti melalui slogan prihatin bersih stabil tetapi mempamerkan politik kosong semalam apabila pihak pembangkang enggan hadir pada sesi perbahasan itu," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir menanyakan apakah maruah pembangkang kerana 'kecut perut' dalam sesi membahaskan kelemahan kerajaan PN pada era 2021 lalu.


"Di manakah maruah pihak pembangkang? Mereka hanya pandai menabur fitnah dan tohmahan namun apabila peluang untuk meneliti dan membahas laporan audit mereka bersikap talam dua muka.


"Pihak pembangkang telah membuktikan mereka tidak mempunyai kelayakan untuk diberi mandat untuk mentadbir negara ini.


"Rakyat harus membuka mata dan tidak terpengaruh dengan retorik politik PN yang hanya ingin memuaskan keinginan mendapat kuasa tetapi tidak ada satu tekad politik untuk mengangkat tatakelola dan akauntibiliti dalam pentadbiran negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page