top of page

Tidak buat perolehan pertahanan bertentangan pendirian konflik Palestin - Israel



Malaysia tidak akan melakukan perolehan pertahanan tanpa mengambil kira pendirian global negara terutamanya dalam konflik Palestin-Israel serta kepentingan kebangsaan.

Menteri Pertahanan Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya sentiasa konsisten mendukung dasar negara menentang segala bentuk ketidakadilan ke atas negara Palestin.


"Dasar perolehan pertahanan negara dilaksanakan dengan mengambil kira kemajuan teknologi mutakhir, keperluan strategik negara, kos sesuai nilai, kepentingan nasional serta pendirian politik global Malaysia," tegasnya dalam kenyataan hari ini.


Mohamed Khalid berkata Kementerian Pertahanan mengambil maklum terdapat desakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan penyertaan beberapa syarikat pertahanan global dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.


Pameran itu berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 6 hingga Mei.


Katanya pameran tersebut adalah terbuka kepada semua syarikat pertahanan global dengan Malaysia tidak campur tangan dalam urusan niaga mereka dengan mana-mana negara.


Mohamed Khaled berkata Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan bebas memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia.


"Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu," katanya.


Menurut Mohamed Khaled penganjuran DSA dan NATSEC Asia 2024 juga adalah satu pameran yang dilaksanakan oleh pihak swasta dengan kos dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya pihak penganjur.


"Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan dalam penganjurannya," katanya.


Beliau berkata objektif penganjuran pameran berkenaan sangat jelas iaitu menyediakan ruang kepada semua pihak mempamerkan kepakaran serta teknologi terbaharu pertahanan dan membolehkan kerajaan pelbagai negara dan pemain industri global meneroka pelbagai teknologi dan inovasi termaju.


Ia juga menurutnya tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana negara atau syarikat tertentu, sebaliknya dibuka kepada semua negara dan pemain industri termasuk penyertaan besar dari negara-negara Islam seperti Turkiye, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Bosnia & Herzegovina serta Pakistan.


"Selain negara-negara Islam, pameran ini turut menjadi arena penting kepada pemain pertahanan Asia dari Korea Selatan, China, India dan Singapura," katanya.


Terdahulu sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar syarikat pengeluar senjata Lockheed Martin dan BAE yang menjadi peserta dan penaja platinum dalam NATSEC Asia 2024 dikeluarkan daripada pameran tersebut.


Ini berikutan syarikat itu didakwa terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Lockheed Martin ialah pengeluar jet pejuang F-35 yang digunakan oleh Israel untuk mengebom Gaza manakala BAE membekalkan peralatan penting seperti `avionics' untuk pesawat rejim Zionis itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page