Tidak benarkan pengeluaran KWSP kerajaan perlu bantu mangsa banjir RM10,000 - Anwar



Kerajaan BN yang tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 melalui i Citra digesa memberi bantuan RM5,000 ke RM10,000 buat mangsa banjir di seluruh negara.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat marhaen ketika ini amat menderita kehilangan harta benda dan rosak tempat kediaman yang tidak boleh tunggu lebih lama untuk memulihkan kehidupan mereka seperti sediakala.


"Kerajaan mesti menyalurkan bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir yang terkesan. Semua mangsa banjir saat ini dalam keadaan yang cukup derita dan terdesak tatkala mereka dibebankan dengan kerugian yang amat dahsyat.


"Apabila kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP maka mereka dengan ini harus berikan bantuan segera antara RM5,000 ke RM10,000 setiap orang, mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami akibat bencana ini," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu memperingatan, agar proses bantuan tidak terlalu terikat dengan karenah birokrasi sebagaimana dalam situasi bencana yang lepas, sehingga mengambil masa berbulan bulan untuk diselesaikan.


"Usah tambah beban rakyat dengan birokrasi yang melampau, yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan.


"Di tahun baru ini kerajaan yang ada mesti ada rencana dan jalan baru dalam mengemudi negara, terutamanya di saat krisis dan dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat," katanya lagi.


Meskipun dalam ucapan tahun baharu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji mangsa banjir akan menerima bantuan antara RM10,000 dan RM60,000 namun beliau tidak menjelaskan bilakah wang berkenaan akan diberi.


Sedangkan mangsa banjir yang total lost memerlukan wang segera untuk membeli parabot dan barang barang asas rumah tangga yang telah musnah sama sekali.


Berikutan itu, rakyat yang terdesak meminta kerajaan membenarkan mereka mengeluarkan simpanan KWSP secara one off melaui i-Citra.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER