top of page

Tidak benar tiket penerbangan 20 April, KL - Tawau RM3,138



Pendedahan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bahawa tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAB) antara Kuala Lumpur - Tawau, Sabah untuk 20 April berharga setinggi RM3,138 adalah tidak tepat.


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke, pihaknya telah mendapatkan pengesahan MAB bahawa tiket penerbangan biasa telah pun habis dijual pada tarikh tersebut dan tiket penerbangan yang dirujuk Ka Siong tersebut mungkin kelas perniagaan.


"Saya merujuk kepada kenyataan dalam Facebook Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138!


"Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Captain Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.


"Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut (yang dinyatakan Ka Siong) bukan untuk kelas ekonomi tetapi ialah kelas perniagaan dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138," kata Loke dalam catatan di Facebook.


Beliau berkata fakta Ka Siong itu perlu diperbetulkan, lebih lebih lagi beliau adalah bekas Menteri Pengangkutan dan faham perbezaan kelas perniagaan dan kelas ekonomi.


"Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti.


"Saya akan mengadakan sidang media khas pada pukul 12 tengah hari esok di Kementerian Pengangkutan untuk memberikan fakta tambahan kapasiti penerbangan untuk musim Hari Raya tahun ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page