top of page

Tidak benar kerajaan halang Raja Petra pulang Malaysia



Kerajaan menyangkal dakwaan blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin bahawa kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Malaysia sentiasa mengalu-alukan kepulangan Raja Petra ke tanah air pada bila-bila masa menerusi saluran dan prosedur yang betul tanpa perlu berasa teraniaya.


Raja Petra tegasnya perlu menghantar permohonan dan membawa dokumen perjalanan yang sah supaya dapat kembali sekiranya benar-benar berniat pulang ke negara ini dan perlu berhenti 'play victim' dalam isu tersebut.


Mengulas lanjut, Saifuddin turut menyarankan Raja Petra menghubunginya secara terus jika tidak mempunyai dokumen perjalanan yang diperlukan.


"Kalau dia rindu sangat nak balik ke tanah air, dia cuma perlu buat benda yang betul.


"Jalur undang-undangnya adalah dia kena berurusan dengan siapa? Bukan dengan Menteri Belia dan Sukan, bukan Menteri Pertanian. Dia kena berurusan dengan KDN.


"Jadi soalannya sudahkah dia berbuat demikian? Kalau sudah, bila surat dihantar, emel kepada siapa? Siapa dalam Bukit Aman yang dia hubungi?" soal Saifuddin.

Difahamkan Raja Petra telah melarikan diri dari Malaysia untuk mengelak tindakan mahkamah yang dikenakan terhadapnya.

Dalam video Twitter yang dimuatnaik pada Selasa, Raja Petra berkata dia memaklumkan pihaknya pernah berunding beberapa kali dengan pihak berkuasa sejak 2013 untuk pulang ke Malaysia.


Malah dia mendakwa pernah bertemu Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung perkara itu selain dua orang ahli kabinet dan beberapa pegawai dari Bukit Aman untuk membantu dalam proses tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page