top of page

Tidak benar JPJ, PDRM saman jika kemuka dokumen lesen digital



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan satu hantaran Fecebook yang tular kononnya pemilik dokumen lesen digital akan disaman sekiranya hanya mengemukakan versi digital tanpa lesen bercetak seperti sebelum ini.


Menurut kenyataan JPJ, jabatan itu sedang dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).


Maka pemilik kenderaan dan pemandu yang telah bersedia digalakkan untuk beralih dari dokumen berbentuk fizikal kepada dokumen berbentuk digital.


"Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh interim ini, pemilik kenderaan dan pemandu masih diberi pilihan sama ada untuk menggunakan LKM atau LMM dalam bentuk digital atau terus kekal menggunakan dokumen berbentuk fizikal.


"Untuk itu orang ramai yang memilih menggunakan dokumen digital tidak perlu bimbang sekiranya ditahan oleh pihak agensi penguatkuasa untuk pemeriksaan.


"Pihak penguatkuasa yang terlibat termasuklah PDRM telah dimaklumkan mengenai perkara ini," kata kenyataan itu.


Selain itu, menurut JPJ lagi, pihaknya telah membuat laporan polis ke atas akaun Facebook yang memuat naik berita palsu tersebut bagi mengelakkan perkongsian kenyataan yang tidak betul serta mengelirukan pada masa hadapan.


"JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat hantaran atau berkongsi kandungan media sosial yang boleh mengelirukan banyak pihak.


"Orang ramai juga digalakkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang diperolehi untuk memastikan maklumat tersebut benar melalui portal atau media sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia," kata kenyataan itu lagi.


Sejak semalam tular kenyataan kononnya seorang pemilik akaun Facebook telah mendapat pengesahan daripada pihak JPJ bahawa pemilik kenderaan yang mengemukakan lesen pengangkutan jalan digital akan tetap disaman sekiranya mereka gagal mengemukakan dokumen bercetak yang biasa digunakan sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page