top of page

Tidak ada rundingan antara PH dan PN - Saifuddin Nasution



Spekulasi yang ditimbulkan oleh mantan ahli Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali mengenai percubaan rundingan antara Pakatan Harapan (PH) bersama Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri Johor yang baru lalu.


Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tiada rundingan seumpama itu berlaku melibatkan pimpinan PH.


"Saya mengikuti kenyataan YB Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang mendakwa wujud rundingan kerusi di antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRN Johor.


"Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Faktanya adalah Pakatan Harapan termasuk Muda bertanding di kesemua 56 kerusi di Johor, dan bertembung dengan Perikatan Nasional di kesemua kerusi tersebut," katanya.


Semalam Ahli Parlimen Khairuddin Aman Razali mendedahkan terdapat cadangan sebelum ini agar PN mengadakan rundingan kerusi dengan PH bagi menentang BN dalam PRN Johor.


Menurutnya, jika persetujuan itu dicapai beberapa kerusi akan dapat dirampas PN dan PH dengan memberikan contoh DUN Bukit Pasir, Serom dan Tenggaroh.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page