top of page

Tidak ada masalah persembah sokongan dimilikki PH kepada Agong



Pelaksanaan perintah darurat ke seluruh Malaysia tidak menjadi masalah kepada pihak pembangkang untuk mempersembahkan sokongan yang dimilikki kepada Yang di-Pertuan Agong.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, darurat hanya menggantung Parlimen, untuk bertemu Agong tiada undang-undang yang menghalangnya.


Katanya, tanggapan usaha untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional telah berakhir adalah tidak tepat.


"Tak betul, itu tafsiran yang salah. Yang tidak ada itu jalur (sidang) Parlimen. Itu memang tersangkut kerana Muhyiddin takut berdepan dengan kenyataan hilang kuasa sokongan di kalangan anggota parlimen maka jatuh.


“Tidak ada peruntukan yang menghalang kita mendapat sokongan dan mempersembahkan kepada Agong," katanya menjawab pertanyaan wartawan usai menyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.


Menurut Anwar, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sepatutnya bertindak sebagai demokrat sejati dengan meletak jawatan selepas mendapati sokongan terhadap beliau hilang, bukannya memburukkan keadaan politik, sosial dan ekonomi dengan perisytiharan darurat.


“Apabila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui kehilangan sokongan anggota Parlimen maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat.


“Padahal pengendalian Covid-19 mampu dilakukan melalui perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat, melalui langkah-langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.


“Tetapi bila ini gagal, sokongan hilang dan sepatutnya sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab (Muhyiddin) akan meletakkan jawatan dan Agong mempunyai wewenang untuk memanggil seorang anggota Parlimen yang dipercayai mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen.


“Tetapi Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya lagi.


Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Persekutuan Malaysia mulai 12 Januari sehingga 1 Ogos 2021. Menurut titah Agong darurat boleh dipertimbang untuk dipendekkan sekiranya keadaan pandemik Covid 19 pulih dengan lebih cepat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page