top of page

Tidak ada gelombang hijau melanda PRN kali ini



Tiada gelombang hijau akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan Julai ini.


Supremo DAP, Lim Kit Siang berkata keyakinan itu berdasarkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipimpinnya ketika ini telah meraih sokongan hampir semua lapisan masyarakat.


Katanya, perkara tersebut dapat dilihat dari kehadiran meriah pelbagai kumpulan etnik dan agama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, baik yang dianjurkan oleh kerabat diraja, pemimpin politik atau rakyat biasa.


"Ini menjadi bukti semangat solidariti dan keterbukaan Malaysia dalam kalangan rakyat boleh melangkaui perbezaan kaum, agama dan budaya serta menjadi petanda yang Malaysia mampu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun," katanya dalam kenyataan.


Mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya akan berlaku gelombang hijau pada PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata hal itu berpunca daripada dakwaan kononnya orang Melayu di negara ini sedang terancam.


"Mesej tunggal yang cuba dicanang oleh Bersatu dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) adalah kononnya orang Melayu sedang diancam dan orang Melayu telah kehilangan semua hak politik serta ekonomi. Sedangkan mesej ini dibentuk berasaskan kepada penipuan, fitnah dan berita palsu di media sosial.


"Sekiranya orang Melayu dibuat untuk percaya bahawa ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam, mereka akan menentang dan melawan habis-habisan.


"Tetapi tidak ada sebarang rancangan jahat sebegini untuk menghapuskan sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, atau agama mereka mahupun budaya mereka," tambahnya.


Dalam masa sama Kit Siang turut menegaskan kerajaan perlu ada usaha besar-besaran untuk membetulkan persepsi salah dimainkan pihak lawan yang kononnya kaum, agama dan budaya orang Melayu sedang terancam serta akan dihapuskan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page