top of page

'Tidak ada bukti darurat kurangkan Covid, program vaksinasi di bawah PN terus lembab'


Tiada langsung bukti menunjukkan pelaksanaan perintah darurat telah mengurangkan jangkitan pandemik Covid 19.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan menerusi siaran langsung Facebook semalam, mempersoalkan penerusan pemerintahan darurat dan langkah-langkah yang tidak berwibawa dalam menangani situasi Covid 19 di negara ini.


Katanya, dari data-data kajian yang dilakukan kumpulan penasihat kesihatan PH, kes jangkitan Covid tidak menurun setelah perintah darurat dikuatkuaskan, begitu juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang diadakan pada awal tahun ini tidak berjaya mengekang wabak itu.


"Saya buktikan kegagalan PKP dan penjarakan sosial. Pengenalan PKP sebenarnya tidak memberi kesan. Setiap kali PKP diperkenalkan kesannya berbeza


"Dari segi langkah diambil, termasuk PKP yang paling ketat (kita laksanakan). Namun sebagaimana kita lihat setelah PKP, peningkatan jumlah positif Covid bertambah berbanding negara lain dengan langkah yang terbatas.


"Kami menganggap PKP bukanlah langkah yang menyelesaikan masalah


"Tentang keputusan politik yang diambil pula, Malaysia satu-satunya negara di dunia yang menggunakan darurat menyelesaikan Covid 19


"Sejak dilaksanakan darurat, tidak ada bukti dari data yang ditunjukkan, kerajaan telah melakukan perkara berbeza daripada sebelumnya.


"Oleh itu kita lihat darurat ini hanya menghalang perbahasan terbuka serta penilaian dasar di Parlimen," katanya.


Graf menunjukkan jangkitan Covid terus meningkat dalam pemerintahan darurat

Bagi memperbaiki situasi Covid, Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan proses vaksinasi perlu dipercepatkan.


Malangnya, kata Anwar, proses berkenaan berjalan lembab dan hanya beberapa peratus rakyat telah divaksin. Malah tarikh sasaran vaksin diberi kepada 80% rakyat pada awal tahun hadapan juga menjadi tidak realistik.


"Kesediaan masyarakat mengambil vaksin, kalau ini dilakukan, kita jangka boleh diselesaikan sekitar pertengahan 2022. Ini dengan andaian perlaksanaan vaksin itu pantas dan berkesan, kira-kira 500,000 vaksin seminggu.


"Namun cabaran kita untuk memastikan wabak terkawal dan vaksin dilaksanakan dengan teratur. Dengan penambahan kes kita tidak boleh ambil keputusan menutup ekonomi kerana negara akan terkesan dan rakyat bawahan terutama yang miskin, penjaja, penternak, nelayan semua akan menghadapi masalah," katanya.


Justeru, Anwar mencadangkan agar kerajaan PN menerima beberapa cadangan:


1. Perbaiki kaedah dan memberi ruang semua pengkaji serta masyarakat mendapat data mencukupi termasuk dari MySejahtera dengan jaminan tidak ditetapkan nama atau dijamin kerahsiaan peribadi.


2. Beri ruang kepada pakar dari pebagai bidang dan bincang secara kreatif masalah Covid setelah melihat kelemahan sedia ada


3. Kalau pun ada keperluan PKP yang keras, mestilah dibincang cara yang lebih teliti dengan kedah tetap dan cara tertentu, dan bukan satu kaedah umum yang menyentuh satu negeri atau sebahagian negara.


4. Hentikan darurat dan adakan sidang Parlimen supaya dasar dibahas, bahas kontrak, bila ubat akan sampai dan tidak dalam bentuk kerahsiaan dan menguntungkan sesetengah pihak sahaja


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page