top of page

Tiba masanya SPRM diletak di bawah kuasa Parlimen - Akmal Nasir



Saranan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletak di bawah bidang kuasa Parlimen timbul sejak sedekad lalu.


Bagaimanapun pihak kerajaan tidak menganggap cadangan tersebut penting dan hanya menukar nama Badan Pencegah Rasuah kepada SPRM, namun masih di bawah bidang kuasa kerajaan memerintah.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir, penahanan terbaharu ke atas 3 pegawai kanan SPRM mewajarkan pentadbiran Pedana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat kembali cadangan meletakkan suruhanjaya tersebut di bawah Parlimen agar boleh dipantau oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan mahu pun Pembangkang.


"Penahanan tiga pegawai kanan SPRM pada 20 September lalu terkait dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan kerajaan merupakan suatu isu yang perlu dipandang serius.


"Menurut Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Badlishah Sham Baharin, sudah tiba masanya SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen untuk menjamin ketelusan siasatan, terutama dalam kes-kes berkaitan pemimpin parti politik.


"Pelaksanaan ini sangat penting bagi memastikan kebebasan dan ketelusan suruhanjaya tersebut, seterusnya dapat mengembalikan kepercayaan di mata orang ramai. Ia merupakan langkah yang positif bagi mengembalikan kedudukan sebenar SPRM dalam memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya.


Sehubungan itu, Akmal mendesak Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang untuk sama-sama berusaha merealisasikan idea yang telah banyak diperbincangkan oleh pelbagai NGO di negara ini dalam memindahkan bidang kuasa pengendalian SPRM.


"Justeru Ahli-Ahli Parlimen dan kerajaan digesa untuk segera meluluskan enam tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang diumumkan pada 11 September lalu," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page