top of page

Tiba masa pengundi Ampang pilih Ahli Parlimen baharu

Updated: Dec 23, 2020


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyifatkan sudah tiba masa pengundi Ampang memilih ahli Parlimen baharu yang berintegriti dan bertanggungjawab.


Malah, Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Mohd Khairool Ngadon menganggap Ampang akan menjadi pusara politik Zuraida Kamaruddin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.


"Kami mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Zuraida Kamarudin, Nor Hizwan Ahmad bahawa sudah tiba masa untuk melantik ketua pembangkang yang baru.


"Sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraida, Hizwan sepatutnya risau tentang masa depan politik bos beliau sendiri dan tidak perlu sibuk dengan urusan membabitkan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain," katanya.


Pada masa sama, Khairool yakin KEADILAN akan merampas semula kerusi Ampang daripada Zuraida dan Bersatu.


"Angkatan Muda KEADILAN Selangor akan memastikan Ampang menjadi pusara politik Zuraida sekiranya beliau kekal bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.


"Telah sampai masanya pengundi Parlimen Ampang memilih wakil rakyat yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam membela kepentingan dan kebajikan mereka," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page