top of page

Tiap-tiap hari gaduh apa manfaat rakyat Kedah dapat?


Oleh: Abdullah Zaid


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai (gambar, tengah) mengingatkan rakyat Kedah agar tidak membuat kesilapan dengan mengangkat Sanusi sebagai ketua kerajaan negeri.


Jelasnya, kemelut berpanjangan di antara ‘poster boy’ Datuk Seri Sanusi Md Nor dan Kerajaan Persekutuan dilihat telah dan bakal menjejaskan lebih buruk kemajuan negeri sekali gus hanya merugikan rakyat di negeri Jelapang Padi itu.


"Perlu untuk kita tahu nilai pendapatan negeri Kedah hanya hanya sekitar RM 600 juta setahun dan ia kedua tercorot di Malaysia.


"Jadi, Kerajaan Negeri sangat bergantung kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan.


"Namun jika setiap hari bergaduh cari pasal (Sanusi) dengan Kerajaan Persekutuan, yang mendapat kesan buruk adalah rakyat Kedah sendiri," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Justeru itu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani itu menyeru agar rakyat Kedah menggunakan kuasa mengundi memilih pemimpin yang mampu menerajui negeri dengan lebih berkesan.


"Rakyat Kedah harus bijak membuat keputusan agar mendapat kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang lebih baik daripada sekarang.


"Jadi sebagai anak jati Kedah, kita wajib lakukan perubahan, ‘Kalih Bagi Sama’," katanya.


Dalam pada itu, Adam akan berdepan saingan tiga penjuru daripada calon Gerakan, Raymond Tai Kuang Tee (PN) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Tan Kee Chye.


Untuk rekod, Bakar Arang dimenangi oleh bekas penyandang Simon Ooi daripada KEADILAN dengan majoriti 10,833 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page