
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang tidak mempertahankan posisi utama parti, semalam mengesahkan bahawa beliau mempertahankan jawatan Ketua Cabang Batu dalam Pemilihan KEADILAN 2022.
Menurut Tian, beliau perlu mempertahankan jawatan kerana kawasan itu adalah kubu kuat KEADILAN dan perlukan kepimpinan yang mantap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.
"Saya percaya parlimen Batu yang diuruskan oleh Cabang Batu ini adalah kubu kuat untuk KEADILAN dan adalah wajib kita mewujudkan satu pasukan yang mantap di peringkat Cabang untuk memastikan parti ini dapat mempertahankan kerusi parlimen Batu, dan juga beri perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk di kawasan Batu," katanya.
Tian telah menjadi Ketua Cabang Batu selama 3 penggal dan 2 penggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu.