top of page

Tian Chua dipecat dari KEADILAN, boleh kemuka rayuan - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 8, 2023
  • 1 min read


Pemecatan bekas Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN semalam akibat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu biar pun muktamad namun masih boleh melakukan rayuan.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses rayuan terbuka dan boleh dilakukan oleh mana mana anggota yang telah diambil tindakan.


"Itu (pemecatan) syor oleh Jawatankuasa Disiplin yang kemudiannya dibentang dan diperakui. Dalam mana mana keputusan disiplin parti, dia (Tian) ada ruang mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.


"Saya percaya sebagai pimpinan veteran Tian faham proses ini, dan saya yakin beliau akan memanfaatkan rayuan ini dan dari situ Lembaga Rayuan akan meneliti asas rayuan beliau," katanya kepada Suara Keadilan ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke kaunter imigresen di KLIA petang tadi.


Tambah Menteri Dalam Negeri itu, proses rayuan terbuka kepada sesiapa sahaja yang dipecat dan rayuan itu sama sahaja sebagaimana anggota lain.


"Setiap kes disiplin terbuka kepada proses rayuan. Tidak ada membezakan Tian daripada kes yang lain. Walaupun statusnya pemecatan tetapi Tian masih boleh kemukakan rayuan," katanya lagi


Semalam KEADILAN memutuskan untuk memecat Tian bersama empat lagi anggota, Puah Chee Haur dari cabang KEADILAN Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali dari cabang Gopeng dan M Mohganan dari cabang Taiping.


Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Warisan di Keranji dan Chenderiang manakala Mohganan bertanding di Taping sebagai calon bebas.


Sementara itu, Nur Khairunisa Abdullah dari cabang Sadong Jaya dipecat kerana bertanding di Sadong Jaya semasa pilihan raya Sarawak 2021.



Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page