Tiada usul Undi Percaya kerana PM Ismail Sabri tidak yakin cukup sokongan?



Ketiadaan usul Undi Percaya dalam jadual sidang Dewan Rakyat bermula 13 September ini mungkin berpunca daripada ketidakyakinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau berupaya mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.


Menurut Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul, kegagalan membentangkan usul berkenaan sebaliknya meletakkan Ismail dalam keadaan tertekan menghadapi Pembangkang dan kritikan berterusan rakyat kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.


"Agenda mesyuarat Parlimen sudah pun keluar dan tidak ada usul Undi Percaya. Dari segi perspektif undang-undang hal itu (Undi Percaya) dianggap sebagai benda biasa (tidak penting), sebab Ismail telah pun mengangkat sumpah. Tetapi dari segi moralnya apabila Agong bertitah secara terbuka dan hantar surat secara hitam putih, dan wujud perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin parti waktu mereka berjumpa Agong ketika itu menyebut tentang Undi Percaya, maka bila tidak dilaksanakan ianya suatu yang luar biasa.


"Dalam bahasa mudahnya, dia (Ismail) ingkar perintah atau derhaka. Kenapa dia tak mahu buat Undi Percaya? Dua kemungkinan. Satu dia tak kisah pasal Agong. Kedua, dia tak yakin ada jumlah cukup melayakkan dia jadi PM


"Tak yakin akibat apa? Mungkin dia merasakan tidak mempunyai kekuatan untuk pegang semua Ahli Parlimen yang menyokong dia. Maknanya dia sama taraf dengan Mahiddin Yassin, kerana dia rasa kalau Umno boleh jatuhkan Mahiaddin, maka Mahiaddin dan team boleh jatuhkan Ismail bila-bila masa.


"Disebabkan oleh kebimbangan itu maka Ismail tak buat Undi Percaya," kata Johari kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Sungai Petani itu, ketiadaan Undi Percaya kali ini tidaklah boleh dianggap menyelematkan kedudukan Ismail kerana tempoh Parlimen masih panjang.


Malah katanya, sekiranya Undi Percaya tidak dibentang, Pembangkang mungkin boleh membentangkan usul Undi Tidak Percaya pada sesi hadapan.


"Kalau Undi Percaya tak lepas (dalam sesi September) maka jarak masa masih panjang. Ada lagi pada bulan Oktober untuk Belanjawan. Kemudian pada 2022 ada 3 sesi. Apakah yang menjamin dia tidak akan berhadapan dengan Undi Tidak Percaya?


"Jadi saya melihat kerajaan Ismail ini adalah kerajaan 'hari ini untuk hari ini, esok belum tentu'. Macam-macam boleh jadi. Sebab itu ada usul dari Presiden Umno untuk mengosongkan kerusi Speaker. Datuk Azhar Harun diminta kosongkan dan diganti dengan Datuk Azalina.


"Presiden Umno masukan dua nama untuk dua jawatan. Satu Azalina untuk Speaker manakala Datuk Ahmad Maslan untuk timbalan. Yang peliknya dia terima Ahmad Maslan tetapi dia tolak Azalina kononnya atas dasar teknikal.


"Di sini saya melihat dia (Ismail) tak berani dengan Azalina sebab pengalaman saya dalam Parlimen, di antara yang berani bercakap, yang ada kualiti, legal mind dan keberanian untuk memberikan pandangan undang-undang yang agak jernih ialah Azalina. Kalau sekiranya Azalina dilantik jadi Speaker dia bimbang Azalina akan bersifat telus. Mungkin akan membenarkan usul-usul yang dianggap usul rakyat, Undi Tidak Percaya atau lain-lain yang lebih telus untuk rakyat," katanya.


Mengulas mengenai kelayakan pencalonan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dianggap sebahagian kluster mahkamah, Johari beranggapan pencalonan itu tidak sesuai memandangkan jawatan Timbalan Speaker menghampiri taraf hakim dalam persidangan, sedangkan pada waktu lain Ahmad Maslan pula menghadapi tuduhan di hadapan hakim mahkamah.


"Menerima Ahmad sebagai Setiausaha Agung Umno tak ada masalah. Namun di sini (Parlimen) masalahnya ialah beliau berada dalam kluster mahkamah. Biar pun belum dijatuhkan hukuman, dia mempunyai tanggungjawab untuk membela diri di mahkamah.


"Macam mana mahkamah boleh panggil Ahmad Maslan, letak dia dalam kandang tertuduh sedangkan dia Timbalan Speaker?


"Ini mencemarkan kemurnian dewan itu sendiri. Soal dia tidak bersalah sebelum didapati bersalah cerita lain. Soalnya dia telah ada tuduhan.


"Itu sudah cukup memberi gambaran bahawa Ahmad ada masalah. Di sini dua kemungkinan boleh berlaku. Kalau Ahmad didapati tidak bersalah maka persepsi rakyat 'Dia terlepas kerana dia Timbalan Speaker'. Kalau dijatuhkan hukuman pula 'mengapa lantik Ahmad orang yang bersalah?' Jadi dalam persepsi ini rakyat akan tetap menyalahkan Ismail. Kedua-dua keadaan ini tidak menyebelahi PM," katanya lagi.


Bagi Johari, pelantikan-pelantikan yang dilakukan oleh Ismail sekarang hanyalah semata-mata untuk menyelematkan politik beliau bertujuan meredakan kemarahan kumpulan 15 yang menjatuhkan Mahiaddin tempoh hari. Sedangkan, Ismail pada waktu yang sama turut tersepit menghadapi puak Mahiaddin yang boleh menjatuhkan beliau sekiranya mereka tidak berpuas hati.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER