Tiada usaha menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka - Anwar



Pergolakan politik negeri Melaka tidak melibatkan campur tangan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan beberapa media arus perdana, semalam.


Presiden KEADILAN itu juga menafikan berita beliau cuba menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Sri Utama Dr Ali Rustam sebagaimana dilaporkan.


"Ada berita saya mohon mengadap, saya tidak," katanya selepas lawatan di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, pagi tadi.


Ditanya sama ada beliau telah bertemu dan berbincang secara khusus dengan Pakatan Harapan Melaka berkenaan perkembangan terbaharu, Anwar berkata beliau telah berbincang dengan PH negeri sejak beberapa minggu lalu.


"Saya bincang dengan PH semua negeri. Paling akhir dengan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka," katanya.


Justeru, Anwar menolak mengesahkan sebarang kaitan antara beliau dan pergolakan politik di Melaka.


"Itu tanya Melaka (PH negeri).


"Orang beritahu (pergolakan politik) tetapi tiada yang konkrit, setahu saya," katanya.


Ditanya mengenai perkembangan penggunaan logo KEADILAN sebagai logo PH dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sebagaimana yang banyak ditimbulkan ahli akar umbi dan pimpinan Cabang, Anwar berkata, keputusan belum lagi dibuat.


"Saya tak boleh buat keputusan sendiri, jadi kita perlu dengar pandangan KEADILAN peringkat Negeri dan Cabang


"Tetapi apa-apa pun, PH mesti menjadi blok yang padu dan kuat," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER