Tiada unsur nepotisme, Nurul Izzah dipilih naib presiden banyak kali - Fahmi
- Suara Keadilan

- May 15, 2025
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan tiada unsur nepotisme yang diamalkan parti itu pada sesi pemilihan yang bakal dijalankan pada 23 Mei ini.
Sebaliknya beliau berkata, isu nepotisme tidak timbul meskipun nama Nurul Izzah Anwar berada dalam senarai bagi jawatan Timbalan Presiden.
''Untuk sesiapa yang membawa hujah nepotisme, Nurul Izzah bertanding sebagai Naib Presiden, beliau menang kali pertama bertanding.
''Nurul Izzah menyatakan pendirian yang berbeza daripada pimpinan-pimpinan yang lain.
''Kalau sesiapa nak mengatakan ia nepotisme.. kita kena ingat, beliau dipilih oleh anggota-anggota,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan KEADILAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, malam tadi.
Justeru, Fahmi yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengingatkan anggota parti agar berkempen dengan suasana yang harmoni tanpa timbul rasa benci terhadap rakan-rakan seperjuangan.
''Jangan sampai kita mengadu domba.. jagalah tertib. Kita kena ingat selepas ini kita kena bantu parti untuk kumpulkan semula kekuatan.
''Tidak kira yang kalah atau menang, waktu Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, kita kumpulkan semua, seluruh kekuatan demi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri (PM) untuk penggal kedua,'' ujar beliau yang juga Menteri Komunikasi.









Comments