top of page

Tiada tanggungjawab syarikat jualan atas talian pastikan barangan tulen?





Perdagangan melalui portal pemasaran atas talian semakin menjadi trend perbelanjaan rakyat Malaysia.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) berkata, seiringan dengan pesatnya pedagangan atas talian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak pula memastikan syarikat atas talian tersebut memastikan barangan yang dijual adalah tulen.


"Antara teras utama penguatkuasaan kementerian adalah perlindungan pengguna. Satu trend yang membimbangkan sekarang ialah penipuan pembelian atas talian.


"Penyedia perkhidmatan paling popular adalah Lazada dan Shopee. Bagaimanapun undang undang sedia ada tidak membolehkan kementerian untuk meletakkan syarat kepada penyedia perkhidmatan ini bagi memastikan barang yang dipasarkan menggunakan platform mereka mesti asli.


"Biasanya penyedia perkhidmatan akan bereaksi kami hanya menyediakan platform, asli atau tidak itu bukan dalam kawalan kami," katanya dalam sesi soalan tambahan di Dewan Rakyat, sesi pagi


Tambah beliau, kementerian perlu mencadangkan pindaan beberapa undang undang agar portal yang melakukan jualan atas talian lebih bertanggungjawab terhadap pengguna.


"Saya syorkan kepada YB Menteri zaman berubah, kreativiti manusia pun berubah. Adakah kementerian bercadang untuk meminda beberapa undang undang berkaitan fungsi penguatkuasa kementerian, teras melindungi pengguna dalam aspek yang saya timbulkan ini. Apakah ada cadangan kementerian untuk melakukan pindaan yang berkaitan," katanya.


Bagaimanapun menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak memberikan apa apa perincian pindaan yang akan dibuat oleh kementerian selain menyokong saranan Ahli Parlimen PH.


"Kami di kementerian menerima syor yang terbaik. Kita sedang memperhalusinya, kita bukan sekadar di KPDNHEP saja, di peringkat KKMM pun kita perlu melihat, urus dengan agensi lain.


"Saya pastikan, kalau ada cadangan lain boleh perhalusi bersama," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page