top of page

Tiada sidang Parlimen sebelah petang, bagaimana dengan Belanjawan 2021?


Apabila usul untuk memendekkan tempoh sidang Parlimen pada minggu ini diluluskan, timbul persoalan sama ada Belanjawan 2021 akan dibentangkan seperti biasa pada Jumaat ini.


Ini kerana, pembentangan untuk belanjawan tahunan kerajaan pada kebiasaannya akan diadakan di sebelah petang, iaitu pukul 3 petang.


Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan sama ada usul itu akan turut meliputi hari Jumaat iaitu hari pembentangan Belanjawan 2021.


"Walaupun untuk minggu ini sahaja dan sungguh pun ketua whip telah bersetuju, tapi ketua parti-parti masih belum dimaklumkan.


"Saya ada bincang dengan Ketua Pembangkang dan kita hormat apa yang dicapai, tetapi saya nak dapat briefing dulu sebelum buat keputusan dari pihak parti dan Pakatan Harapan (PH).


"Sebabnya, ini sesuatu yang unprecedented, sekurang-kurangnya kami dapat maklum balas, ini agak penting kerana ia melibatkan sovereignty and supremacy of parliament.


"Jangan hakis hak ahli parlimen di sini untuk berbahas seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat," katanya.


Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan pihak kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada Belanjawan 2021 akan dibentangkan seperti biasa kerana usul yang dibuat hanya berkuatkuasa untuk satu hari sahaja.


"Usul yang dibuat hanya untuk hari ini sahaja, usul yang melibatkan hari bajet belum diputuskan lagi, jadi usul ini untuk hari ini sahaja.


"Usul esok untuk esok, jadi esok kena buat usul lagi," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching meminta kerajaan supaya menambah hari bersidang sekurang-kurangnya untuk seminggu.


"Memandangkan sidang dipendekkan ke pukul 1 petang dan dipersetujui semua, boleh saya minta untuk mesyuarat akan datang supaya jumlah hari boleh ditambah lagi.


"Ini disebabkan minggu ini hanya ada setengah hari, sekurang-kurangnya panjangkan satu minggu lagi supaya semua orang ada masa yang mencukupi untuk berbahas rang undang-undang yang akan dibentangkan.


Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pula berharap kerajaan mempertimbangkan untuk meneruskan sidang Parlimen secara maya.


"Kalau kita adakan parlimen maya (virtual), semua ini dapat diselesaikan, kalau negara-negara lain adakan secara maya kenapa Malaysia tak boleh.


"Kalau ada perubahan dengan peraturan mesyuarat, kita boleh buat dengan serta-merta, kenapa kita tak utamakan perkara ini," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page