top of page

Tiada sebarang laporan penggodaman portal DELIMa - Menteri Pendidikan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 3, 2024
1 min read


Tiada sebarang aduan rasmi diterima Kementerian Pendidikan (KPM) dakwaan portal Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) digodam.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, platform pembelajaran dalam talian itu setakat ini berada dalam keadaan baik.


"Kita belum terima sebarang aduan rasmi. Walau bagaimanapun, sekiranya ada berlaku perkara tersebut (digodam) diminta untuk melaporkannya supaya kita boleh dapat tahu.

"Setakat ini, semua berada dalam keadaan yang baik," katanya dipetik.


Pada Isnin, media melaporkan platform pembelajaran dalam talian di bawah KPM itu dikatakan diserang penggodam secara berperingkat sehingga mengakibatkan sejumlah guru kehilangan akses terhadap akaun.


Mesej yang tular di aplikasi WhatsApp menggesa kata laluan akaun guru-guru dan menggunakan ia untuk tujuan peribadi.


"Sekiranya e-wallet, akaun Shoppee atau Lazada cikgu-cikgu mnggunakan e-mel Kementerian Pendidikan sila set semula kata laluan dengan kadar segera. Jangan gunakan akaun tersebut untuk sebarang urusan dalam talian melibatkan duit.


"Penggodam beli permainan dalam talian, dan bayar menggunakan e-wallet cikgu-cikgu," menurut mesej tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page