top of page

Tiada satu pun cabang KEADILAN di Selangor bubar - Amirudin


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan tiada satu pun cabang KEADILAN di Selangor yang dibubarkan, meskipun berlaku gerakan pengkhianatan di negeri itu.


Malah, beliau menganggap KEADILAN Cabang Ampang masih utuh, walaupun Ahli Parlimennya, Zuraida Kamaruddin dan dua ADUN kawasan itu, ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali dan ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha keluar dari parti.


Tindakan mereka disusuli dengan pengumuman seramai 250 ahli KEADILAN Cabang Ampang termasuk ahli jawatankuasa yang mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan cabang tersebut.


Namun pembubaran Cabang Ampang ternyata tidak benar, selepas Amirudin sendiri melawat kawasan tersebut dan mengadakan sesi penerangan di peringkat akar umbi buat kali kedua sejak Langkah Sheraton.


"Biarpun ada usaha oleh pemimpin berpengaruh di Selangor dengan beralih arah menjatuhkan kerajaan sendiri dan menubuhkan kerajaan baharu bersama kleptokrat tetapi tiada satu cabang di Selangor terbubar daripada episod pengkhianatan, " katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.


Amirudin yang juga Pengerusi KEADILAN Selangor menempelak gerakan Azmin dan menganggap kumpulan pengkhianat itu tidak mempunyai masa depan.


"Kalau ada mana-mana kelompok yang cuba untuk 'copy paste' atau bawa agenda reform, semuanya tidak kekal lama dan akan dimakan sejarah.


"Saya yakin sebesar manapun pemimpin itu, sejarah 20 tahun perjuangan kita dengan pahit getir, akhirnya parti ini kekal wadah terbaik untuk bawa agenda reformasi kepada Malaysia," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page