top of page

'Tiada sakau tetapi creative accounting rosakkan Tabung Haji'

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
10 minutes ago
2 min read

Pengerusi Daie Madani (DAMAI), Ustaz Amir Zuhair Abd Khalid (gambar) mempersoalkan tindakan Umno menjemput Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam program Musyawarah Nasional bagi membincangkan isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).


Menurutnya, tindakan itu menimbulkan persoalan mengapa tiada pemimpin Umno sendiri tampil menjadi jurucakap berhubung isu RCI berkenaan.


"Dalam Musyawarah Nasional mereka jemput Tan Sri Madinah dan Irwan Serigar, apabila dia jemput Mardinah dan Irwan dalam program Umno apa maksud?


"Maksudnya tak ada orang Umno boleh jadi jurucakap RCI. Ini merugikan Umno kerana takut, mereka import orang lain untuk bercakap isu ini," katanya dalam ceramah kelompok “RCI Tabung Haji” di Lembah Pantai, malam tadi.


Amir Zuhair turut mempersoalkan mengapa beberapa bekas pemimpin yang mempunyai kaitan dengan Tabung Haji ketika tempoh yang menjadi perhatian RCI tidak dipanggil untuk memberikan pandangan.


"Kenapa tak panggil Pengurus Tabung Haji (TH) Azeez Rahim, Jamil Khir, bekas Menteri Agama waktu hal berlaku, Asyraf Wajdi bekas Timbalan Menteri Agama masa itu. Kenapa tak panggil Asyraf," katanya.


Dalam pada itu, beliau memetik kenyataan Mardinah yang didakwa berkata istilah “sakau” tidak terdapat dalam RCI Tabung Haji.


"Saya duduk dengan pengurusan tertinggi Tabung Haji di Menara Tabung Haji baru ini tanya di mana sakau tak sakau," katanya.


Amir Zuhair kemudian mendakwa individu pertama yang ditangkap dalam perkembangan berkaitan isu berkenaan ialah bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2018.


"Yang pertama ditangkap siapa, bekas ketua kewangan TH zaman (CFO) 2014 - 2018, CFO ini pembodek utama untuk creative accounting," katanya.


Beliau turut memberikan gambaran mengenai apa yang dimaksudkan dengan “creative accounting” dengan menggunakan analogi sebuah kedai runcit.


"Kalau kita ada meniaga kedai runcit, katalah barang ada RM10,000 bakal terjual. Kemudian 2026 baru bulan September, rasa nak besarkan kedai runcit, nak buat loan, bank minta penyata kira kira.


"Penyata kira kira barang terjual baru RM2,000. Yang tak terjual dalam kedai RM10,000. Kalau letak RM2,000 tak dapat loan. Jadi masukkan bakal dijual kepada dah dijual. Itulah creative accounting," katanya.


Menurutnya, kaedah tersebut kemudiannya digambarkan sebagai menyebabkan nilai dalam penyata kewangan menjadi lebih tinggi.


Hal itu, kata beliau berlaku dalam Tabung Haji yang membenarkan dividen dibayar biarpun kewangan menunjukkan kerugian beberapa pelaburan TH yang tidak mewajarkan membayar dividen berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).


"Dia hantar kat bank RM12,000. Ini yang berlaku dalam Tabung Haji 2014 - 2018.


"Siapa yang buat, saya tanya CEO TH sekarang, dia kata CFO masa itu," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page