top of page

Tiada rundingan dengan pengkhianat - Anwar



Tohmahan kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berunding di belakang tabir untuk membentuk kerajaan baharu di Putrajaya bersama pengkhianat yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu dinafikan sekeras-kerasnya.


Menurut Anwar, tiada sebarang rundingan sedang diatur sebagaimana yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


"Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat.


"Ingin saya tegaskan, ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak.


"Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain," kata beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Anwar, sepanjang krisis keabsahan kerajaan Perikatan Nasional dan usaha untuk mengembalikan pemerintahan PH di Putrajaya sejak 3 bulan lalu, tiada rundingan yang dilakukan secara membelakangkan parti KEADILAN mahu pun di luar pengetahuan PH.


"Ia (pembentukan kerajaan) tidak pernah dibincang dalam KEADILAN atau di peringkat PH, dan tidak pula dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.


"Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut," tegas Anwar lagi.


Sejak seminggu lalu tular teori kononnya sedang diusahakan pembentukan kerajaan bersama KEADILAN, Bersatu paksi Muhyiddin dan beberapa paksi lain parti pemerintah yang diusahakan oleh pasukan perunding tertentu.


Kemelut itu mendapat perhatian Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menafikan beliau terlibat dalam perancangan menubuhkan kerajaan baharu di luar kerangka asal gabungan PH.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page