top of page

Perkukuh MPP dengan idea baharu, terus perjuangan Reformasi - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Fahmi Fadzil berazam untuk memperkukuh MPP dengan idea baharu sekiranya diberi mandat dalam Pemilihan KEADILAN 2025.


Hal itu diungkapkannya dalam muat naik terbaharu di Facebook.


"Saya berhasrat untuk bantu parti dengan memperkukuh Majlis Pimpinan Pusat melalui idea-idea, nafas, dan semangat yang baharu untuk meneruskan perjuangan Reformasi," katanya.


Semalam Fahmi dalam kenyataan berkata, beliau memutuskan untuk menyertai persaingan bagi jawatan MPP bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.


"Saya membuat keputusan ini bukan kerana jawatan, tetapi kerana amanah perjuangan.


"Sudah lebih dua setengah dekad kita bersama di dalam gerakan Reformasi ini. Dari jalan raya ke Putrajaya, dari menuntut keadilan buat individu teraniaya, kepada usaha membina semula sistem yang lebih adil dan telus untuk seluruh rakyat Malaysia.


"Saya percaya KEADILAN bukan hanya sebuah parti politik tetapi wadah reformasi berasaskan prinsip. Untuk itu, kepimpinan pusat mesti mencerminkan nilai-nilai integriti, ketekunan, dan keberanian yang diwarisi sejak tahun 1998," katanya.


Justeru Fahmi memohon kepercayaan anggota KEADILAN untuk sama-sama mengangkat parti ke tahap yang lebih tinggi. Terutama untuk generasi akan datang yang meneruskan perjuangan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page