top of page

Tiada rekod perkahwinan sejenis, kerajaan tidak iktiraf LGBT

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 18, 2023
1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam masyarakat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.


Penegasan itu sekali gus menyangkal segala tohmahan pembangkang yang sebelum ini mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menormalisasikan perbuatan itu sekiranya mentadbir negara.


"Menjawab soalan (Ahli Parlimen) Sri Gading tadi, dalam rekod Jakim dan Jabatan Agama Islam tidak ada satu pun perkahwinan yang melibatkan sesama jenis yang didaftarkan. Itu memang jelas.


"Hatta kalau perkahwinan itu dilangsungkan juga dan bila pihak ini berhasrat untuk mendaftarkan (perkahwinan), masih tidak boleh berlaku sebab undang-undang tidak membenarkan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya jumlah dan perincian maklumat perkahwinan sejenis yang direkodkan selepas Kerajaan Perpaduan menerajui negara.


Jelas Mohd Na’im, perkahwinan yang bertentang dengan undang-undang sedia ada dalam negara tidak akan pernah diiktiraf kerajaan.


Tambahnya, hanya perkahwinan yang mengikut undang undang sahaja boleh didaftarkan.


"Selama mana perkahwinan itu sah mengikut hukum syarak iaitu antara lelaki dan wanita, perkahwinan itu boleh didaftarkan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page