Tiada PRK berikutan kematian Allahyarham Osman Sapian - Speaker DUN



Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian pada Selasa lalu.


Menurut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat, DUN Johor telah pun berusia lebih daripada tempoh 3 tahun sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu dan tidak memerlukan sebarang PRK sekiranya ADUN meninggal dunia.


Beliau juga menjelaskan Kerajaan campuran BN dan PN Johor akan terus memerintah kerana kelebihan 1 kerusi.


"Oleh kerana kekosongan ini berlaku lebih tiga tahun daripada PRU-14, maka tiada PRK perlu diadakan.


"Selain itu tiada ada isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan, maka mengikut fasal 23(5) Undang- undang Tubuh Kerajaan Negeri, tiada PRK di DUN Kempas," katanya dipetik Astro Awani.


Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, 69, meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara pada 22 Disember lalu. Allahyarham menjawat Menteri Besar Johor bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019


Dinamik politik Johor agak unik kerana Kerajaan Negeri mempunyai majoriti tipis 2 kerusi antara BN + PN dan Pakatan Harapan. Dengan mengekalkan Speaker DUN dari parti Amanah selepas Langkah Sheraton, perubahan kuasa boleh berlaku pada bila bila masa.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER