top of page

Tiada permohonan ADUN Melaka sertai PH, mesyuarat putuskan untuk bertemu SPR



Mesyuarat mingguan Pakatan Harapan (PH) petang tadi tidak menumpukan isu kemasukan 4 ADUN Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional, sebagaimana digembar-gemburkan media sejak pagi tadi.


Sebaliknya, menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak gabungan itu tidak membuat sebarang keputusan berkenaan penyertaan 4 ADUN berkenaan.


"Mereka tidak menghantar permohonan secara rasmi, walaupun telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PH.


"Jadi kami perlu tunggu dan kami tak bertindak terburu-buru. Kami akan memberi masa dan peluang kepada mereka untuk menghubungi kami," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat PH di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.


Mengenai penolakan DAP terhadap seorang bekas ADUN mereka yang melompat sehingga jatuhnya pentadbiran Ketua Menteri Adly Zahari untuk menyertai semula PH, Anwar berkata gabungan itu menghormati pendirian DAP.


"Kita tunggu dulu, tapi kita hormati juga pandangan DAP dan kita faham alasan (mereka).


"Tetapi oleh kerana perkara itu belum ke tahap permohonan, perbincangan yang serius, jadi kita tidak bincang lebih daripada itu," katanya.


Bagaimanapun, Presiden KEADILAN menegaskan tumpuan utama mesyuarat hari ini adalah memutuskan untuk bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyelesaikan beberapa perkara mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka.


"Keperluan menemui SPR segera.


"Kita tak nak SPR diperalatkan untuk melanggar peraturan yang bercanggah dengan semangat kekebasan bersuara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page