Tiada perbahasan Parlimen: Jangan angkuh derhaka titah Agong - PH


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa tidak menderhakai titah Yang di-Pertuan Agong dengan membuka Parlimen hanya bagi mendengar taklimat daripada para menteri.


Majli Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi amaran agar kerajaan PN berhenti mencabul institusi demokrasi negara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun lalu telah menzahirkan titah pandangan sidang Parlimen perlu diadakan segera supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat membahaskan Ordinan-ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan perbelanjaan berkaitan pandemik Covid-19.


"Seri Paduka Baginda menitahkan pandangan yang sama pada 24 Februari dan 29 Jun 2021.


"Titah pandangan Seri Paduka Baginda senada dengan aspirasi rakyat yang mahu pengakhiran kemelut wabak pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi negara ketika ini.


"Demi menjunjung titah pandangan Tuanku ini, Ketua Pembangkang telah pada 12 Julai menghantar usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara-perkara yang digesa Tuanku.


"Tidak ada usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan oleh PH. Pembangkang mahu tumpuan diberikan kepada masalah rakyat ekoran krisis Covid-19 dan kemelesetan ekonomi," kata Majlis Presiden yang menggambarkan tiada apa yang perlu dikhuatirkan oleh kerajaan PN sekiranya sesi soal jawab Dewan Rakyat dibenarkan.


Bagaimanapun Majlis Presiden PH jelas kecewa dengan kenyataan media Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu menyatakan persidangan Dewan Rakyat pada 26 Julai hingga 2 Ogos hanyalah satu persidangan khas mendengar penerangan atau ceramah Menteri-Menteri tanpa sebarang perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen.


"Oleh itu, PH mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan kerajaan PN agar tidak derhaka terhadap titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan terus membuka ruang perbahasan bagi membolehkan Parlimen berfungsi semula secara normal dan Ahli-ahli Dewan Rakyat menunaikan tanggungjawab murni mereka membela hak rakyat," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER