top of page

Tiada pengurangan subsidi kepada rakyat biasa - Anwar



Tidak berlaku pemotongan atau pengurangan subsidi kerajaan kepada rakyat biasa sebagaimana tuduhan digembar gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Kerajaan Perpaduan.


Perkara itu diberitahu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) di Dewan Rakyat menjawab soalan Ahli Parlimen Mohd Radzi Md Jidin (PN - Putrajaya) pada sesi pertanyaan PM, pagi tadi.


Menurut PM, subsidi hanya dikurangkan kepada golongan kaya T20 yang tidak mempunyai masalah untuk membayar harga penuh.


"Bila YB sebut tentang pengurangan subsidi, saya kurang faham di mana yang kurang. Yang kurang itu untuk orang kaya. Kita kurangkan subsidi elektrik, tidak untuk rakyat tetapi yang maha kaya. Kenapa kita nak jadikan isu ini politik. 90% rakyat tidak terkesan kerana tidak dinaikkan (harga). Malah kadar untuk IKS, pengusaha makanan tidak dinaikkan.


"Subsidi (kos) haji tidak dinaikkan, yang naik untuk T20. Kamu dah kaya takkan haji nak subsidi, untuk pergi Mekah.


"Kita mesti kurangkan subsidi tetapi tidak bagi rakyat biasa. Yang dihebahkan kempen politik kurang subsidi, itu dari orang kaya, tak boleh? Nak ambil RM50 juta dari Syed Mokhtar pun tak boleh. Apa punya dasar?


"Saya terpaksa ambil dari orang kaya kerana tak mahu bebankan rakyat miskin. Kalau untuk haji itu kos, tidak dibenar ambil untung," katanya.


Mengenai kadar faedah semalaman (OPR) pula, hal berkenaan kata PM, diputuskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan undang undang dan kerajaan tidak campurtangan.


"Semasa kerajaan BN dan PN, OPR ini diputuskan sepenuhnya oleh BNM kerana itu undang undang. Cuma setakat ini dalam Kerajaan Perpaduan baru sekali naik, ketimbang tahun lalu (di bawah BN - PN) 4 kali naik.


"Jadi setakat ini saya boleh gesa BNM harus teliti isu monetari dan juga fiskal," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page