top of page

Tiada pemimpin layak terajui negara selain Anwar Ibrahim - KEADILAN Labuan


KEADILAN Labuan berpandangan tidak ada pemimpin yang layak menjadi calon Perdana Menteri dan menerajui negara ketika ini selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Cabang KEADILAN Labuan, Simsudin Sidek berkata pendirian tersebut bukan kerana beliau taksub dengan presiden KEADILAN itu, sebaliknya menilai kesungguhan Anwar yang mahu melakukan perubahan.


"Mengangkat Anwar sebagai PM bukan bermaksud taksub kepada beliau.


"Kami ingin melihat negara ini berubah ke arah yang lebih baik dan kebetulannya, pada waktu ini tidak ada individu lain yang mampu memimpin Malaysia ke arah itu melainkan Anwar.


"Beri peluang kepada beliau memimpin negara agar rakyat dapat merasai perubahannya. Mengangkat beliau adalah demi rakyat dan negara, bukan atas kepentingan tertentu," katanya dalam kenyataan.


Disebabkan itu, Simsudin yang juga merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Labuan tetap memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar.


"Kami komited mendukung Anwar untuk menerajui negara sebagai calon perdana menteri seperti yang telah dipersetujui bersama oleh pimpinan PH sebelum ini.


"Atas semangat ini, kami terpanggil untuk menyatakan sokongan padu kepada presiden, untuk memacu dan memimpin parti dalam meneruskan idealisme perjuangan reformasi serta menjadi tonggak utama PH," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page