top of page

Tiada Option 2 Tun M calon PM - Chean Chung





Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke semalam didakwa terdapat kekeliruan.


Kenyataan mereka menggambarkan mesyuarat Pakatan Harapan (PH) pada 30 Mei lalu membentangkan dua pilihan. Pertama, gandingan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) ke 9 dan Timbalan (TPM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Pilihan kedua, Tun Mahathir calon PM dan Anwar TPM.


Bagaimanapun, hari ini, Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung, sebagaimana dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha sekretariat PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tidak terdapat pilihan kedua dalam mesyuarat PH tempoh hari selain keputusan mencalonkan Anwar sebagai PM.


"Ada kekeliruan? Agenda minit mesyuarat mana yang sahih? Hakikatnya adalah Datuk Saifuddin Nasution menerangkan mesyuarat pada 30 Mei hanya untuk menentukan resolusi Anwar menjadi calon PM dan tiada resolusi kedua atau Option 2.


"Option 2 hanya dicadangkan oleh Tun Mahathir pada 9 Jun ketika mesyuarat PH Plus dan tidak pernah dibawa balik ke Mesyuarat Pakatan Harapan selepas itu.


"Ketika Setiausaha PH memaklumkan fakta ini dan ia jelas benarnya kerana komponen parti tidak membantah," kata Chean Chung dalam satu kenyataan di Facebook.


Menurut beliau, peraturan mesyuarat menetapkan suatu resolusi perlu mencapai kesepakatan dalam mesyuarat terdahulu sebelum dibawa ke mesyuarat yang lain, contohnya mesyuarat PH Plus untuk diluluskan. Sekiranya tidak, kata beliau, ia perlu dibawa balik ke meja rundingan PH.


"Jika PH telah mengiktiraf Option 2, kenapa Anthony Loke masih perlu memohon KEADILAN memaklumkan keputusan melalui paparan media?


"Tambahan pula, Mahathir bukan lagi ahli komponen PH, jika menerima beliau sebagai calon PH perlu membuat keputusan untuk menerima seorang calon PM Bebas yang bukan daripada Pakatan Harapan.


"Setelah fakta-fakta yang dinyatakan, persoalannya timbul: Siapa yang telah membelakangi semangat Pakatan Harapan?" tanyanya.


Semalam, KEADILAN telah menetapkan pendirian menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai PM ke 9 dan mengekalkan Anwar sebagai calon tunggal.


Bagaimanapun kemelut berpanjangan apabila pemimpin DAP dan AMANAH berkata terdapat pilihan kedua diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin KEADILAN pada 30 Mei lalu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page