top of page

Tiada nepotisme, Nurul Izzah sebelum ini Naib Presiden KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 minutes ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Dakwaan sesetengah pihak bahawa KEADILAN sedang menuju ke arah nepotisme apabila Nurul Izzah Anwar diminta oleh akar umbi dan pimpinan parti menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden, sedangkan ayahnya merupakan Presiden KEADILAN amat tidak tepat.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil menepis dakwaan berkenaan kerana Nurul Izzah sebelum ini merupakan Naib Presiden parti dalam tempoh sedekad dan tidak pula ditimbulkan isu nepotisme.


Tegas Fahmi, KEADILAN tegas mengamalkan prinsip demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding manakala kemenangan calon ditentukan oleh kewibawaannya, bukan hal hal lain.


"KEADILAN meraikan demokrasi dan kita menyerahkan kebijaksanaan anggota untuk membuat pilihan pemimpin-pemimpin yang mereka rasakan sesuai dengan harapan aspirasi dan apa yang mereka namakan untuk penggal 2025-2028.


"Tidak benar (dakwaan nepostisme). Nurul Izzah sekarang Naib Presiden, jadi tidak timbul apa-apa perkara," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya hari ini.


Terdahulu, Nurul Izzah yang juga mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau akan membuat keputusan terbaik dalam mempertimbangkan cadangan akar umbi dan pimpinan parti itu, dengan mengambil kira soal penyatuan dan persepakatan dalaman parti.


Pencalonan Nurul Izzah menjadi tajuk utama media sejak petang semalam apabila hampir kesemua Ketua Cabang Cabang KEADILAN di Melaka menyeru agar beliau mencabar Rafizi Ramli untuk jawatan nombor dua parti. Kemudian KEADILAN Perak membuat kenyataan sama, diikuti KEADILAN Selangor dan beberapa negeri lain serta beberapa tokoh pimpinan utama, termasuk Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.


Bagaimanapun, Ketua Cabang Cabang KEADILAN Sarawak semalam mengeluarkan kenyataan agar Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencabar Rafizi, dan memberi gambaran persaingan mungkin berlaku secara tiga penjuru sekiranya Nurul Izzah dan Saifuddin memilih untuk bertanding pada Pemilihan KEADILAN 2025.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page