top of page

Tiada kerjasama dengan PN atau GPS



Tiada memorandum kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 yang ditandatangani oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH).


Pengerusi PH menafikan sebaran di media sosial kononnya surat perjanjian telah pun ditandatangani antara pimpinan utama PH dan PN menjelang hari mengundi 19 November untuk dua gabungan itu menubuhkan kerajaan 'Perikatan Harapan'.


Sinis Anwar, hal hampir sama telah berlaku pada awal kempen lalu kononnya kerjasama dibuat bersama pemimpin Umno, kemudian tuduhan itu tenggelam dalam keributan berkempen dan kali ini bersama Bersatu pula.


"Mula-mula kata Zahid (kerjasama Presiden Umno) dan saya. Semuanya bohong,” katanya dipetik ketika bertemu orang ramai pada perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Meru Permai, Tambun, petang semalam.


Anwar mengingatkan para penyokong PH bahawa pelbagai taktik dilakukan oleh pihak musuh yang menyedari mereka akan kalah dalam PRU 15 termasuk menggunakan nama pemimpin PH untuk memperdaya rakyat.


Beliau berharap rakyat akan merujuk kepada sumber sahih terlebih dahulu dan tidak mempercayai khabar angin.


"Penipuan yang dibawa mereka yang rasa akan kalah, kalau persaingan itu bersih. Maka mereka gunakan (penipuan).


"Bagi saya teliti (dahulu) dan jangan percaya. Rujuk kepada sumber yang sahih, macam belajar hadith," katanya.


Memorandum berkenaan kononnya menetapkan Muhyiddin bersetuju untuk menjadi Perdana Menteri sementara selama 2 tahun sebelum menyerahkan jawatannya kepada Anwar. Meniru syarat yang dikenakan PH kepada Tun Mahathir sebelum PRU ke 14 lalu.


Sementara itu, satu surat yang berkisar kerjasama antara KEADILAN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga didapati tular pada petang semalam.


Surat dalaman itu kononnya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar memberi arahan bahawa satu kerjasama segera dibentuk denganh GPS bagi memastikan cukup bilang untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.


Bagaimanapun surat berkenaan membayangkan KEADILAN membekukan sementara kerjasama dengan DAP dan Amanah bagi tujuan berkenaan.


Bagaimanapun dokumen tersebut disahkan palsu oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Fahmi Fadzil malam tadi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page