top of page

Tiada lagi ruang untuk bertahan, Mahiaddin undur segera - Shamsul Iskandar


Kenyataan terbuka di media massa arus perdana tanah air semalam mendedahkan kedudukan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang telah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tiada lagi ruang untuk PM bertahan dalam situasi seperti itu kerana permainan politik telah tiba ke penghujungnya.


Malah menurut beliau, keengganan Mahiaddin melepaskan jawatan dan mengumumkan pula pembangkang tidak mempunyai majoriti bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan malah secara jelas mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.


"Pengumuman Mahiaddin mendakwa blok pembangkang tidak mempunyai sokongan majoriti telah melangkaui kuasa pada Yang di-Pertuan Agong.


"Justeru, adakah Mahiaddin sanggup menentang Yang di-Pertuan Agong hanya demi mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri?" tanyanya.


Sebelum itu, menurut Shamsul, PM juga telah berbohong mempersembahkan kononnya kerajaan beliau masih memiliki majoriti walaupun beliau sedar sebahagian Ahli Parlimen Umno telah menarik sokongan.


"Mahiaddin juga membohongi Yang di-Pertuan Agong dan rakyat (sebelum ini) bahawa beliau masih mempunyai majoriti selain memberi alasan akan membuktikannya dalam sidang Parlimen pada September nanti.


"Namun semalam, segalanya terbukti palsu apabila buat pertama kali dalam sejarah negara, seorang PM terpaksa menabur ‘sogokan’ kepada pembangkang secara terbuka agar terus menerima sokongan sekaligus mengekalkan kuasanya," kata Shamsul lagi.


Oleh itu, Ahli Parlimen hang Tuah Jaya tersebut mengesa agar Mahiaddin segera melepaskan jawatan secara terhormat sebelum beliau dijatuhkan dengan cara Undi Percaya atau tindakan Perlembagaan oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Sedarlah Mahiaddin, permainan politik dengan mengkhianati Pakatan Harapan menerusi ‘Langkah Sheraton’ pada 23 Februari 2020 akhirnya memakan diri.


"Ternyata, kerajaan yang dibentuk dengan penuh pengkhianatan ini tidak mampu bertahan. Mahiaddin perlu segera undur demi kesuburan demokrasi dan kesejahteraan rakyat negara ini, yang bukan sahaja berdepan krisis kesihatan malah, kekusutan ekonomi dan sosial," katanya.


Semalam, PM Mahiaddin secara terbuka mengakui beliau kekurangan sokongan dan membuka tawaran kepada pihak pembangkang untuk menyokong kerajaannya.


Tawaran itu ditolak oleh Pakatan Harapan dan beberapa Ahli Parlimen Bebas yang mahu Mahiaddin berundu secepat mungkin dan tanpa syarat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page